Paper published in a book (Scientific congresses and symposiums)
Flora Lumut Jati (Bryophyta) di Gunung Besar Hantu dan Kawasan Sekitarnya, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu
Damanhuri, Ahmad; Nik Norhazrina Binti Nik Mohd Kamil; Maideen, Haja
2014 • In Abd. Rahim, Abd. Rahman; Abu Hassan, Mohd. Nasir; Abdul Majid, Ahmad Fadzilet al. (Eds.) Hutan Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan: Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal dan Kepelbagaian Biologi
[en] Flora lumut jati (Bryophyta) di Gunung Besar Hantu dan kawasan sekitarnya, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan terdiri daripada 75 spesies, 6 subspesies dan 11 varieti dalam 38 genus dan 20 famili. Bilangan ini mewakili 16.4% daripada 560 takson di peringkat spesies dan ke bawah, 24.4% daripada 156 genus dan 46.5% daripada 43 famili yang direkodkan bagi Semenanjung Malaysia. Di kalangan 92 takson yang dilaporkan, 9 merupakan catatan baru bagi Negeri Sembilan iaitu Acroporium macroturgidum Dixon, Dicranoloma brevisetum (Dozy & Molk.) Paris, Leucobryum sumatranum Broth. ex M. Fleisch, Mitthyridium papuanum (Broth.) H. Rob., Racopilum spectabile Reinw. & Hornsch. var. spctabile, Trismegistia lancifolia (Harv. in Hook.) Broth. var. lancifolia, T. lancifolia var. pseudoplicata H. Akiyama, Sphagnum perichaetiale Hampe in Mull. Hal. dan Syrrhopodon tjibodensis M. Fleisch. Satu famili iaitu Racopilaceae dan 21 takson di peringkat spesies dan ke bawah pula dilaporkan buat pertama kali bagi kawasan Hutan Simpan Kenaboi. Famili terbesar yang dilaporkan bagi Gunung Besar Hantu dan kawasan sekitarnya adalah Calymperaceae yang diwakili 26 spesies dan 4 subspesies, dan diikuti oleh Sematophyllaceae dengan 12 spesies dan 3 varieti yang masing-masing mewakili 32.6% dan 16.3% daripada jumlah keseluruhan takson yang dilaporkan.